" hari ini kau katakan ;
cintaku akan sentiasa ada daLam setiap Langkahmu .
dan andai esok ditakdirkan Langkahmu terhenti ,
akan sama terhentikah cinta yang ada padamu ?
jika disebabkan suara kau mencintaiku ;
maka aku diam .
cintakah Lagi kau kepadaku ?
jika disebabkan senyuman kau mencintaiku ;
kaLa aku berduka .
cintakah Lagi kau kepadaku ?
jangan pernah tanyakan aku ;
kerana jawabnya ada padamu . . .
- Adam Azrisham
Comments
Post a Comment